Rabu, 31 Disember 2008

Bagaimana Sarikei mendapat nama

BISSMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM.........Bermulalah Lisannya dengan kedatangan KAUM SEGALANG yang berlaku pada kira-kira tiga ratus tahun dahulu. Bandar Sarikei yang dahulunya sebuah kampung kecil, sana sini kawasan sekelilingnya hutan dan Sungei Sarikei dan Nyelong dan airnya mengalir ke SUNGEI REJANG,Sungei terpanjang NEGERI SARAWAK. Penghuni pula kebanyakan terdiri dari KAUN SEGALANG yakni sesudah KAUM BELIYUN. kita telah sedia maklum RAJA SARAWAK berkulitputih,JAMES BROOKE adalah seorang pemimpin KAWASAN REJANG. Pada 24 September, 1841 JAMES BROOKE diistiharkan menjadi RAJA SARAWAK yang pertama. Pada masa itu KAWASAN SARIKEI, belum lagi kawsan SARAWAK yang dijajah oleh JAMES BROOKE. KAUM SEGALANG bertapak, menghunikan serta membuka kawasan sekitar BUKIT TEMUJANG,membuat rumah,bercucuk-tanam serta memburu binatang.SHERIP MASAHOR adalah seorang pemimpin KAWASAN REJANG bergelarkan GABNOR dan pusat di KAWASAN INI telah bermati-matian membuat kacau-bilau menentang usaha PENJAJAH KULITPUTIH memperluaskan TANAH JAJAHANNYA ke kawasan REJANG. Ketua Kaum Kawasan ini bernama SEGALANG. sebagai Ketua Kaum Segalang sangat bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya. Segalang mengahwini seorang gadis bernama IDUK melahirkan anak lelaki diberi nama BUJANG . Bukit TEMUJANG mengambil nama anak SEGALANG. BUJANG mengahwini gagis bernama SAREKE. SARIKEI mendapat namanya, mengambil nama seorang gadis yang cantik ketika itu ,isteri kepada anak seorang ketua kaum Segalang. KAUM SEGALANG adalah kaum yang mula membuka kawasan ini....... TERNYATA KINI IANYA MEMNJADI SEBUAH BANDAR YANG TERKENAL DI NEGERI SARAWAK... BANDAR SARIKEI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan