Rabu, 31 Disember 2008

Feri



Ni lah gambar jarak dekat tempat feri nenek laki kerje. Apa jua jenis kenderaan akan naik feri ni untuk ke seberang sana.

Kawasan menarik di Sarikei















Mercu tanda bandar Sarikei ialah Nanas. Pemandangan di jeti juga x terdapat di tempat2 lain. Gambar kecik yang ada dua feri tu ialah di sg. nyelong, tempat nenek laki kerja tp sekarang dah tutup sbb dah ada jambatan baru yg menghubungkan sarikei ke bdr Sibu

Bagaimana Sarikei mendapat nama

BISSMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM.........Bermulalah Lisannya dengan kedatangan KAUM SEGALANG yang berlaku pada kira-kira tiga ratus tahun dahulu. Bandar Sarikei yang dahulunya sebuah kampung kecil, sana sini kawasan sekelilingnya hutan dan Sungei Sarikei dan Nyelong dan airnya mengalir ke SUNGEI REJANG,Sungei terpanjang NEGERI SARAWAK. Penghuni pula kebanyakan terdiri dari KAUN SEGALANG yakni sesudah KAUM BELIYUN. kita telah sedia maklum RAJA SARAWAK berkulitputih,JAMES BROOKE adalah seorang pemimpin KAWASAN REJANG. Pada 24 September, 1841 JAMES BROOKE diistiharkan menjadi RAJA SARAWAK yang pertama. Pada masa itu KAWASAN SARIKEI, belum lagi kawsan SARAWAK yang dijajah oleh JAMES BROOKE. KAUM SEGALANG bertapak, menghunikan serta membuka kawasan sekitar BUKIT TEMUJANG,membuat rumah,bercucuk-tanam serta memburu binatang.SHERIP MASAHOR adalah seorang pemimpin KAWASAN REJANG bergelarkan GABNOR dan pusat di KAWASAN INI telah bermati-matian membuat kacau-bilau menentang usaha PENJAJAH KULITPUTIH memperluaskan TANAH JAJAHANNYA ke kawasan REJANG. Ketua Kaum Kawasan ini bernama SEGALANG. sebagai Ketua Kaum Segalang sangat bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya. Segalang mengahwini seorang gadis bernama IDUK melahirkan anak lelaki diberi nama BUJANG . Bukit TEMUJANG mengambil nama anak SEGALANG. BUJANG mengahwini gagis bernama SAREKE. SARIKEI mendapat namanya, mengambil nama seorang gadis yang cantik ketika itu ,isteri kepada anak seorang ketua kaum Segalang. KAUM SEGALANG adalah kaum yang mula membuka kawasan ini....... TERNYATA KINI IANYA MEMNJADI SEBUAH BANDAR YANG TERKENAL DI NEGERI SARAWAK... BANDAR SARIKEI.

Check out



18 dis 2008

Kita org check out n pegi umah nenek wa kat kampung lintang, Kuching.
Dia orang ajak makan2. Kami di hidangkan dgn kari ayam, sayur masak lemak,
emm........yg lain dah x ingat. Tp yang best sekali makan kek lapis cokelat. Kek tu ada tiga lapis. Bahagian tengah2 dia ada cokelat berketul-ketul. Ni gambar ummi n intan kat lobby, masa nak check out.
Dah siap makan kita org pun pegi kat terminal bas. nak ke sarikei, tempat tinggal nenek intan. Perjalanan memakan masa selama 6 jam. Sepanjang jalan hanya gelap aje sbb malam.... kul 11.30 mlm sampailah ke sarikei. Kami di sambut oleh nenek, mak cik syikin, aisyah n suraya.

Isnin, 29 Disember 2008

Merdeka Palace Hotel







Antara lokasi yang menarik di Merdeka Palace, Kuching, sempena sambutan Hari Krismas.

Dah sampai............


Sampai jer kat Kuching saya n family menginap kat Merdeka palace Hotel. Hotel ni best....swimming pool cantik, siap ada kapal lg...... tp x leh mandi coz hujan...hu...hu...hu

Ahad, 28 Disember 2008

Balik kampungggg...........


17 dis 08 saya n famili balik kampung ...naik flight kul 10.15 pg from ktn-kl-kuching. Transit kat KLIA 2 jam. Kul 2.30 tiba di airport Kuching.